Jumat, 16 November 2007

Ada Apa di Bulan Mei...?!

Apa Ada Pada Bulan Mei
Bulan Mei …suatu bulan yang agak istimewa kerana di dalam ini terdapat beberapa hari yang telah dinobatkan sebagai hari tertentu untuk memberi pengiktirafan kepada golongan tertentu ….• Hari Buruh,• Hari Jururawat,• Hari Ibu,• Hari Belia,• Hari Guru, dan• Tambah satu lagi hari ulangtahun kelahiran aku ….
1. Hari Buruh (1Mei)
Hari pengiktirafan kepada warga pekerja. Hari ini bukan sahaja diperingati di bumi Malaysia bahkan seluruh dunia. Sewaktu aku bekerja dahulu, Hari Buruh ini tiada apa-apa artinya padaku melainkan aku dapat cuti 1 hari dan kalau overtime dibayar triple. Itu sajalah yang aku tahu. Buat warga pekerja SELAMAT HARI PEKERJA.
2. Hari Jururawat (12 Mei)
Hari ini merupakan hari untuk warga kejururawatan. Dulu aku tidak pernah mengenal hari ini tetapi setelah berkahwin barulah muncul hari jururawat dalam hidup aku kerana zaujahku [isteriku] adalah seorang jururawat. Dulu aku mengenali profession kejururawatan melalui matapelajaran tawarikh [sekarang dipanggil sejarah] yang dipelajari di sekolah rendah. Kami belajar sejarah mengenai Florence Nightingale (The Lady With The Lamp). Hari jururawat disambut seluruh dunia pada 12 Mei, itu merupakan hari kelahiran Florence Nightingale, kerana dia telah dikatakan sebagai pengasas profession kejururawatan.
Sering aku inginkan zaujahku bahwa Florence Nightingale bukanlah pengasas kejururawatan. Dalam sejarah Islam jururawat professional yang pertama adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami dari kaum Khazraj. Beliau adalah seorang shahabiah. Dia dilahir di Yathrib [nama awal kota Madinah] dan termasuk di dalam golongan yang pertama dari kaum Ansar yang memeluk Islam. Ayahnya seorang tabib (doktor), dan dia mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.
Ketika kota Madinah dalam proses berkembang, Rufaidah رضي الله عنها mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan prajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adh رضي الله عنه yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah رضي الله عنها.
Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka'ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain. Maka sejarah ini perlu diperbetulkan kembali. Buat warga kejururawatan, SELAMAT HARI JURURAWAT. Jadikanlah para shahabiah ini sebagai role model kalian. Bukannya Florence Nighingale!


Tidak ada komentar: